Posts

Showing posts from May, 2023

Kenapa Harus Kurangkan Membaca, Banyakkan Berfikir oleh Encik Imran Rasid

  (Penafian: Artikel merupakan copy paste, bukan artikel sendiri. Sekadar untuk simpanan peribadi) Sebagai pembaca buku tegar, tentunya aneh apabila ada orang berpesan: “Kurangkan Membaca, Banyakkan Berfikir”. Bukankah membaca itu juga sebahagian daripada usaha berfikir? Tiap baris dan huruf yang dibaca, tiap-tiap idea yang dilontarkan dalam sesebuah teks, tidak akan difahami sekiranya ianya dibaca tanpa berfikir. Mustahil! Ya, pandangan itu tidak salah. Tetapi bukan itu yang saya maksudkan. Apa yang cuba disinggung dalam artikel ini adalah gejala membaca yang menggila sehingga mengabaikan kepentingan untuk memberi ruang berfikir. Maksudnya, membaca menjadi “end”, suatu maqasid, dan bukannya suatu “means”, atau sarana, bagi memberdaya pemikiran. Saya sebenarnya terilham untuk mengulas hal ini apabila terbaca sebuah sajak Pak Samad (A. Samad Said), berjudul “Dalam Librari”. Antara petikannya menyebut: Dalam librari aku tersengguk seorang tua tersenyum menegur: Tak guna membuka buku ...