Panduan Membaca Buku –berserta huraian
Andai anda membaca sesebuah buku dengan baik, maka anda sudahpun membaca 1/3 karya-karya nukilan pengarang yang sama. Saat saya remaja, seperti kebanyakan remaja terlebih semangat namun kurang akalnya saya sedaya upaya cuba membaca sebanyak mungkin buku, sehinggalah saya sedar bahawa tidak luak walau sebelanga lautan ilmu dengan usaha sebegitu. Maka saya terfikir, tidak adakah cara agar pembacaan itu lebih berkualiti dan berkesan? Hasil renungan itulah saya coretkan apa yang ada di bawah ini. Berikut, adalah apa yang di sisi saya, dapat menambah baik cara kita membaca, setiapnya disertakan dengan huraian yang saya coretkan (taipkan) agar maksud saya sampai kepada anda. 1) Kualiti lebih penting daripada kuantiti 2) Baca setiap tulisan yang ada pada kulit buku 3) Jangan sekadar baca buku, bacalah minda pengarangnya 4) kenal pasti gaya bahasa 5) Faham dimensi masa dan zaman sesebuah karya 6) Baca isi kandungan sebelum bermula 7) Tulis nota 8) Jangan takut buku yang tebal 10) Upacara ...