Tips Menulis oleh Affan Zahari

 Antara tips bagus yang saya jumpa semasa hendak mula aktif menulis dahulu adalah. 


Cari 5-10 individu yang saya suka penulisan mereka, kemudian salin semula penulisan mereka. 


Bukan copy paste tapi salin semula sebiji-sebiji. Sambil salin sambil belajar dan analisis cara penulisan mereka.


Cukupkan 100 artikel/post kita salin semula dan letakkan sasaran masa (3 bulan contoh) untuk selesai semua 100 artikel/post itu.


Dalam masa yang sama terus mulakan menulis, mula dengan pendek-pendek sekali sehari pun sudah cukup.


Setiap kali tulis untuk artikel/post baru, cuba perbaiki dan pertingkatkan kualiti dari hasil pembacaan dan aktiviti salin semula itu.


Kenudian perlahan-lahan tambah panjangkan penulisan dan juga kekerapan post serta luaskan penguasaan kosa kata dalam penulisan.


Selesai 100 artikel/post salin semula, inshaAllah kualiti penulisan anda pun pasti berlainan dengan masa anda mula aktiviti ini.


Kadangkala orang terlalu fokus dan stress pada konsep dan teori tetapi yang mereka benar-benar perlukan sebenarnya adalah latihan.


Konsep yang sama boleh digunapakai dalam aktiviti lain kehidupan kita.


Selamat berusaha dan selamat maju jaya. 🙂👍🏼


AZ



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Harus Kurangkan Membaca, Banyakkan Berfikir oleh Encik Imran Rasid

10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Hermann Hesse on the Three Types of Readers and the Most Transcendent Form of Reading