10 Kesilapan Kewangan Orang Muda. oleh Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

 



Saya pernah muda dan pernah melakukan banyak kesilapan kewangan.
Looking back, saya senaraikan beberapa kesilapan orang muda yang saya pernah alami atau yang pernah saya saksikan.
1. Tiada bajet kewangan bulanan dan tidak belajar ilmu pengurusan kewangan.
Ramai orang muda sekarang apabila memasuki alam pekerjaan akan menghabiskan gaji yang mereka terima dan setiap akhir bulan ‘menagih’ bila gaji akan masuk.
Sebenarnya tidak susah membuat bajet bulanan dengan prinsip 'perbelanjaan jangan melebihi pendapatan'.
Pada awalnya catat dalam nota setiap aliran duit keluar dan pastikan ianya tidak melebihi duit masuk dari gajian.
Lama kelamaan anda akan faham pembelanjaan diri sendiri untuk melaraskan bajet bulanan.
2. Tiada ‘forced’ saving.
Menyimpan duit memang susah jika tabiat saving tidak ditanamkan dari kecil.
Paling elok 10% dari pendapatan diasingkan sebagai simpanan.
Semasa saya mula bekerja, saya dapat simpan sehingga 50% dari pendapatan kerana telah diajar dari kecil untuk berjimat-cermat.
Anda boleh ‘forced’ saving dengan cara potongan wajib setiap bulan ke akaun TH atau lain-lain tempat simpanan.
Simpanan yang perlu ada ialah minima 6 bulan dari pendapatan dan paling baik ialah 12 bulan.
Misalnya jika anda bergaji RM2000, anda perlu ada minima RM12,000 sebagai simpanan untuk kecemasan.
3. Beli kereta di luar kemampuan.
Paling mudah untuk hidup ‘sengsara’ semasa zaman muda ialah membeli kereta di luar kemampuan.
Di luar kemampuan bermakna anda terpaksa membayar setiap bulan lebih 30% dari pendapatan kepada ansuran kereta, minyak, insurans, servis dan lain-lain.
Ramai menjerat dan memiskinkan diri dengan mengikat kewangan selama 9 tahun berhutang kereta.
Guna kereta second hand, kapcai, bas atau LRT sehingga kewangan anda kukuh untuk membeli kereta baru.
4. Penggunaan kad kredit tanpa had.
Kad kredit adalah Ah Long moden dan ramai orang muda menjadi bankrap kerana kad kredit.
Saya nasihatkan orang muda jangan guna kad kredit kerana ‘se tan’nya sangat kuat.
Lebih baik guna kad debit apabila berbelanja.
Jika anda guna kad kredit langsaikan semua hutang tanpa kena caj interest.
Dalam satu survey RinggitPlus, hanya 55% pemegang kad kredit membayar sepenuhnya hutang kad kredit mereka.
45% pula membayar minima dan 27% membayar apa yang mereka mampu.
Masuklah dalam golongan 55% yang membayar hutang kad kredit sepenuhnya.
Jikalau tak mampu sedemikian, jangan guna kad kredit dan guna bila dalam kecemasan sahaja.
5. Buang masa kepada perkara yang tak berfaedah.
Zaman muda selepas persekolahan memang seronok berjumpa rakan-rakan lama untuk mengeteh di kedai mamak berjam-jam.
Sebenarnya ngeteh adalah satu aktiviti yang sangat merugikan kerana banyak masa terbuang begitu sahaja tidak dimanfaatkan.
Banyak perkahwinan bermasalah kerana si laki suka mengeteh bersama kawan-kawan sehingga larut malam.
Fahamilah bahawa hidup ini berfasa dan perkara yang tidak bermanfaat perlu dihindarkan.
Semuanya perlu disiplin diri dan ‘self motivation’.
6. Menjadi penjamin pada orang lain.
Ramai rakan saya jatuh bankrap kerana mereka menjadi penjamin kepada rakan yang meminjam duit dari institusi kewangan.
Biar putus kawan asalkan anda tidak bankrapkan diri sendiri.
‘Help someone when they are in trouble and they will remember you when they are in trouble again’ kata orang Parit Jawa.
7. Beri hutang pada orang lain.
'People who only contact you when they need something from you are just acquiantances not friends' kata orang Banjar.
Tentunya kita berpengalaman apabila kawan lama menjelma bukan kerana mereka rindu dengan kita tetapi ingin meminjam wang.
Meminjam wang adalah cara paling mudah untuk putus kawan kerana akhirnya anda yang akan menagih duit yang dipinjam.
8. Ambil pinjaman peribadi (personal loan).
Seorang rakan saya hanya tinggal RM300 dari payslip gaji walhal gaji beliau Rm5000.
Ini adalah kerana beliau banyak mengambil personal loan dari bank sehinggakan hidup menjadi sempit.
Wang dari personal loan digunakan untuk membesarkan dapur, membeli furniture italy dan renovasi rumah.
Semuanya tiada keperluan penting dan kehidupan harian beliau menjadi stress kerana tidak cukup wang untuk persekolahan anak.
Tahukan prioriti hidup anda dan jangan ikut nafsu.
9. Hidup di luar kemampuan.
Tak salah kalau suka bergaya tetapi semuanya perlu diukur di badan sendiri.
Berbelanjalah mengikut kemampuan sendiri dan jangan bandingkan diri anda dengan orang lain.
Masing-masing ada ‘life journey’ dan perjalanan hidup tersendiri dan kita tidak tahu apa ‘ne raka’ yang mereka telah harungi.
10. Berhabisan duit untuk gf/bf.
Banyak kes saya perhatikan orang muda berhabisan duit untuk belanja gf/bf mereka di luar kemampuan.
Jangan tunjukkan diri anda lebih 'gah' dari diri sebenar kerana akan menjadi masalah apabila berkahwin nanti di mana kemampuan diri sebenar akan terserlah.
“Marry a man with character, not just potential” kata orang Bugis.
Amma ba’du.
Banyak lagi nasihat kewangan untuk orang muda tetapi 10 ini adalah asas dan hidup anda akan lebih bahagia untuk menempuh umur 30’an dan 40’an jika anda pegang pada prinsip ini.
Wallahua’llam.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: Zainuddin Omar

Comments

Popular posts from this blog

Tip Public Speaking oleh Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

POETRY FOR BEGINNERS! | 3 Poetry Exercises To Beat Writer's Block | How To Write Poetry

Kenapa Harus Kurangkan Membaca, Banyakkan Berfikir oleh Encik Imran Rasid