Tip Public Speaking oleh Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

 Tip Public Speaking

Pada tahun akhir universiti, setiap minggu kami ada sesi ‘professional communication’ di mana pelajar diberi masa untuk bercakap selama 5 minit ‘prepared speech’.
Satu daripada topik yang diucapkan oleh saya ialah isu palestin (sila lihat gambar draf speech saya pada tahun 1981).
Rakan mat salleh akan cerita bab kesukaan mereka seperti ‘how to tackle a girl in 10 minutes’ atau ‘pub crawl’ tetapi saya lebih suka bercakap topik politik yang berat.
Selain prepared speech ada juga sesi ‘impromptu speech’ di mana lecturer akan beri satu topik dengan tiba-tiba.
Pelajar perlu bercakap selama 3 minit pada topik tersebut di hadapan pelajar lain.
Ada juga rakan mat salleh yang terkelu lidah kerana otak menjadi blank tidak ada idea untuk berkata walau pun bahasa inggeris adalah ‘mother tongue’ mereka.
Satu lagi topik yang saya bicarakan ialah berkenaan Chieftain tank (UK) vs T-55 (Soviet). Saya memang minat berkenaan topik tersebut.
Tidak dapat disangkal bahawa public speaking sangat penting dalam kerjaya dan anda perlu kerap latihan untuk menjadi proficient sebagai seorang public speaker.
Bagaimanakah untuk menjadi seorang public speaker yang bagus?
Ralph Waldo Emerson pernah berkata “All the great speakers were bad speakers at first.”
Ya, anda perlu Praktis, Praktis dan Praktis.
Sebenarnya ramai orang gementar bercakap di hadapan khalayak ramai tetapi anda boleh overcome fear dengan praktis, praktis dan praktis.
Semasa mula bekerja, saya enrol dalam kursus public speaking selama 3 bulan secara part-time dan ianya sangat bermanfaat ketika zaman bekerja.
Apabila anda sudah master public speaking ianya akan boost konfiden, dapat mempengaruhi orang lain (influence others) dengan idea anda dan mempromosikan diri di hadapan orang atasan.
Notis tak ahli politik berbicara?
Pada mulanya memang kekok tetapi setelah banyak kali pegang mike atas pentas ianya sudah menjadi ‘second nature’ boleh bercakap tanpa takut di hadapan khalayak ramai.
Apabila anda dipanggil pertama kali untuk berucap jangan sekali-kali mengaku anda takut atau mengaku anda tak biasa bercakap hadapan orang ramai. Ini pantang besar and a big NO.
Biar percakapan anda kedengaran gigil atau tersilap sebut perkataan, itu perkara biasa. Selepas 5 minit semua kegusaran anda akan hilang.
Apa tips untuk hilangkan gemuruh bercakap hadapan orang ramai?
Saya pegang satu tip dari sebuah buku iaitu imagin orang hadapan anda itu semua berbogel.
Bagaimana menarik perhatian orang untuk mendengar ucapan anda?
Pertama, ucapan jangan terlalu panjang dan jangan terlalu pendek. Perhatikan jika ada audience anda sangap atau berbual dengan rakan sebelah. Itu bermakna ucapan anda membosankan.
Kedua, eye contact adalah penting. Tengok terus ke mata audience anda dan pusing kepala anda dari kiri dan ke kanan ber-eye contact dengan mereka yang duduk di hadapan. Ianya umpama anda bercakap dengan audience di hadapan anda sahaja.
Ketiga, selagi boleh jangan baca text tetapi bercakap dari hati dan ingatkan sahaja points kasar yang perlu dihuraikan. Tangan dan expressi muka perlu dihidupkan.
Keempat, jangan bercakap dengan terlalu banyak info dan fakta kerana audience cepat boring. Huraikan sahaja satu atau dua points yang penting.
Kelima, guna ayat berulang-ulang untuk stress-kan point. Cara ini anda akan pungut sendiri setelah ada pengalaman.
Keenam, intonasi suara perlu beralun, ada masa perlahan ada masa dikuatkan untuk tarik perhatian audience. Dulu pengajar mengajar saya untuk bercakap dengan mulut dekat dengan mike agar suara kedengaran ‘booming’.
Akhir sekali, pastikan points yang anda mahu sampaikan itu teratur dan tidak berserabut. Ini bermakna anda perlu siapkan draf ucapan terlebih dahulu agar ianya ‘structured’ dan mudah difahami oleh audience.
Pernah diberitakan seorang yang berucap di hadapan khalayak ramai terkucil dan nampak basah di seluarnya kerana terlalu ketakutan.
Jika perasaan takut menyelubungi anda ketika ucapan sulung, pakailah pampers orang tua.
Wallahua’llam.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar

Comments

Popular posts from this blog

BAHAN BANTUAN MENGAJAR ELEKTRONIK