10 tip mudah untuk pasangan baru kahwin oleh Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
1. Jangan mulakan kehidupan baru dengan berhutang.
Elakkan dari membeli dua kereta seorang satu. Kalau perlu juga, beli satu dan si suami naik kapcai atau bas/LRT.
Beli apa yang perlu dulu dan alun-alun tambah barangan lain ikut keperluan tanpa berhutang.
‘Rome wasn't built in a day’ kata orang Parit Jawa.
3. Beli barangan dapur sebulan sekali atau dua kali dari pasaraya.
Lebih jimat dan murah beli barangan di pasaraya dari beli sedikit-dikit dari kedai berdekatan.
4. Hidup menyewa untuk sementara sahaja dan usahakan beli rumah sendiri.
Azamkan untuk beli rumah sendiri jika kehidupan sudah stabil.
5. Jangan selalu makan di luar kerana masakan isteri di rumah lebih menyihatkan dan menjimatkan.
6. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan pasangan lain kerana masing-masing ada masalah dan perjalanan hidup tersendiri yang tidak diceritakan.
7. Pakai kereta baru memang bergaya tetapi hutangnya akan memiskinkan anda.
Kereta secondhand pun cantik jikalau pandai jaga.
8. Belajar ilmu kewangan dari buku dan mentor, dan janakan pelan kewangan untuk bersara dengan bergaya.
Mulakan pelan kewangan dari usia muda selepas berkahwin.
9. Bawa bekal dari rumah untuk makan tengahari di pejabat.
Setiap seringgit penjimatan kewangan adalah untuk kehidupan selesa famili nanti.
10. Beli insuran perubatan dan pelajaran anak-anak seawal-awalnya kerana bayaran premium yang lebih murah di usia muda.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
Comments
Post a Comment