NASIHAT MENULIS DARI JOHN STEINBACK oleh Saudara Imran Rasid


 John Steinbeck (1902 – 1968)




Mengambil semangat untuk kembali aktif menulis di ruangan media sosial, saya kongsikan juga enam nasihat dari John Steinbeck, penulis Amerika Syarikat dan pemenang hadiah Nobel Sastera (1962), tentang penulisan. Nasihat ini relevan bagi orang semacam saya, yang “takut-takut” untuk menulis.

--------------------------------
Sekarang izinkan aku berkongsi manfaat daripada pengalamanku menatap 400 halaman kosong — sesuatu yang menggerunkan untuk diisi. Aku sedar tiada siapa yang benar-benar kisah dengan manfaat pengalaman orang lain, dan mungkin sebab itu aku senang sekali berkongsikan hal ini. Juga, hal-hal ini juga harus aku lakukan bagi mengelak dari menjadi gila.
1. Abaikan fikiran yang mengatakan kau akan menyudahkan penulisanmu. Lupakan 400 halaman itu dan hanya tulis satu halaman setiap hari; ianya membantu. Di penghujungnya, sebaik sahaja kau selesai, pasti kau akan terkejut.
2. Tulis dengan bebas dan secepat mungkin, dan tuangkan kesemuanya di atas kertas. Jangan cuba membaiki atau menulis semula sehingga semuanya selesai. Menulis ulang biasanya menjadi alasan untuk tidak menyiapkan penulisan. Ianya juga menggangu pengaliran dan ritma menulis yang muncul dari hubung-kait separa sedar dengan dunia luar.
3. Lupakan audiens umum. Pertamanya, audiens yang tidak diketahui dan tidak wujud itu hanya membuat kau resah, dan kedua, berbeza dengan teater, audiens ini tidak wujud. Dalam proses penulisan, audiens kau hanyalah seorang pembaca tunggal. Aku berpandangan adakalanya membantu untuk memilih satu orang — orang nyata yang kau kenal, atau orang yang dibayangkan, dan menulis untuk orang itu.
4. Jika ada babak atau bagian yang memeningkan kau, dan kau masih ingin menggunakannya — abaikan saja dan teruskan menulis. Seusai kau siap menulis, kau boleh melewatinya semula, dan mungkin menemukan jawapan mengapa bahagian itu memeningkan adalah karena ianya tidak sesuai dimasukkan dalam penulisan.
5. Hati-hati dengan bahagian yang terlalu bermakna bagi kau, bahkan lebih bermakna dari yang lain. Biasanya kau akan dapati bahawa bahagian tersebut tidak sepenuhnya secocok.
6. Jika kau menggunakan dialog — ucapkanlah secara lantang saat menulisnya. Hanya dengan begitu akan terdengar seperti ucapan.
— Dari sepucuk surat kepada Robert Wallsten, Februari, 1962

Comments

Popular posts from this blog

BAHAN BANTUAN MENGAJAR ELEKTRONIK