Laburkan kebaikan atas diri sendiri
Laburkan kebaikan atas diri sendiri
1. Makan makanan yang sedap, seimbang dan sihat
2. Jangan terlalu ambil berat pandangan orang lain terhadap anda
3. Bangun pagi dan hirup udara segar di luar
5. Urus dan atur masa dengan lebih baik
6. Mengembara lebih jauh untuk kumpul pengalaman
7. Cipta rutin harian diri yang menyenangkan
8. Laburkan semula wang walaupun sedikit, simpan duit
9. Cabar diri sendiri sesuatu yang baru setiap hari
10. Belanja wang dengan membeli pengalaman bukan semata-mata material
11. Gambarkan kejayaan di fikiran (visualisasi)
12. Mudah memaafkan orang lain
13. Hentikan sikap mahu popular sangat dan tak perlu puaskan hati semua orang
14. Tulis nota harian, pasti kita belajar sesuatu
15. Mendengar ilmu baru jika ada peluang (radio, podcast, youtube)
16. Beribadat, berzikir dan berdoa. Luangkan masa sunyi untuk bermunajat dan bermuhasabah
17. Baca buku
18. Belajar ilmu baru di internet atau dokumentari TV
19. Pilih kawan sekeliling yang baik-baik
20. Kekalkan talian kekeluargaan dan saudara-mara sendiri
21. Buang kenalan yang toksik dan menyusahkan diri
22. Ambil kursus pendek tentang ilmu baru
23. Mulakan perniagaan walau kecil-kecilan
24. Cari seorang mentor untuk belajar darinya tentang kehidupan
25. Belajar bahasa atau budaya asing
26. Tetapkan matlamat harian atau bulanan atau sasaran hidup seterusnya.
27. Rancang hari dengan tersusun setiap pagi
28. Amalkan sikap bersyukur atas apa yang ada atau yang sudah dicapai
29. Bersenam selalu walaupun hanya sempat berjalan-jalan santai
30. Belajar kemahiran baru atau cipta hobi baru
Comments
Post a Comment