Latihan industri

 



Salam sejahtera daripada kami, Patriots Publishing!
Kami menawarkan beberapa tempat untuk latihan industri kepada mahasiswa dan graduan yang mempunyai keyakinan, kesungguhan dan minat mendalam tentang pembukuan.
Kami juga mengalu-alukan permohonan daripada mereka yang berlatar belakang bukan Bumiputera atau sedang mencari tempat untuk latihan industri di Kuala Lumpur.
Pelatih industri akan mempunyai peluang untuk meneroka pelbagai aspek dalam industri termasuk editorial, IT, pentadbiran serta jualan dan pemasaran.
Adakah pelatih industri kami dibayar? Ya.
Latihan industri ini adalah sepenuh masa dan aturan masa untuk bekerja secara fleksibel akan diberikan (jika perlu).
Untuk memohon, sila e-melkan keterangan kelayakan dan surat permohonan kepada sara@thepatriots.asia. Permohonan anda mestilah mengandungi:
LATIHAN INDUSTRI – [NAMA PENUH ANDA] pada tajuk e-mel dalam huruf besar;
bilakah tarikh anda bersedia untuk menyertai latihan industri (sertakan tarikh spesifik); dan
apakah bidang yang menjadi keinginan anda.
Sila ambil maklum bahawa kami mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk memberi maklum balas kerana jumlah permohonan yang diterima begitu tinggi.
Terima kasih.
Latihan industri akan bermula pada : Februari 2021.


Comments

Popular posts from this blog

Tip Public Speaking oleh Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

POETRY FOR BEGINNERS! | 3 Poetry Exercises To Beat Writer's Block | How To Write Poetry

Kenapa Harus Kurangkan Membaca, Banyakkan Berfikir oleh Encik Imran Rasid