Memikul Amanah Baru
HASRI HASAN
Memikul Amanah Baru
Pada awal 2020 saya meninggalkan Kota Buku ketika bermulanya zaman pandemik sepertinya suatu 'cuti sabatikal' buat saya. Kembali menimba ilmu industri. Falsafah hidup saya, 'Stay Foolish, Stay Hungry' dan 'Always Learning'.
Selama 3 tahun, saya kembali ke industri dan dunia korporat perbukuan. Dalam tempoh belajar itu semula, saya sempat berkhidmat untuk Oxford University Press, Penguin Random House, Felo Penerbit USM dan menguruskan perundingan perbukuan antarabangsa. Banyak ilmu baru dan trend terkini dapat saya rasai sendiri termasuk amalan-amalan baik oleh syarikat penerbitan global.
Penyertaan saya ke PKB kini bersama dengan amanah yang besar dan agenda yang memberi semangat baru. Kita berhadapan dengan perubahan paradigma besar perbukuan dan pembacaan dalam dunia digital dan keperluan dan minat generasi baru. Kita tak boleh membuat perkara yang sama berulang kali tetapi mahukan keputusan yang berbeza.
Dengan kepercayaan Ahli Lembaga Pengarah dan juga CEO yang dinamik ini, kami akan bersama-sama membawa agenda segar dan berimpak positif.
Generasi pembaca baru perlu diwujudkan yang datangnya daripada generasi muda di sekolah dan kolej kini. PKB memberi fokus dan berhasrat membina budaya pembacaan moden, memimpin penulis dan penerbit dan membesarkan pasaran sedia ada.
Dua misi utama:
1. Memperkasa budaya pembacaan di sekolah dan kolej melalui Program Mini Kota Buku
2. Membesarkan pasaran penerbit buku melalui platform Book Capital dengan mencipta pasaran-pasaran baru kepada lebih ramai penulis dan penerbit
Dengan sokongan daripada pengurusan, pasukan muda Kota Buku, pemegang taruh (Kementerian, sekolah, ibu bapa, pelajar) serta para pemain industri yang komited, dua agenda di atas akan terlaksana dengan baik.
Doakan kami ya!
Comments
Post a Comment