Nasihat kepada pelajar-pelajar ijazah dan diploma ini dalam dunia pekerjaan

 Saya adalah salah seorang penasihat industri bagi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Universiti Sains Malaysia USM dan juga di Kolej Taylor.

1. Apakah nasihat anda kepada pelajar-pelajar ijazah dan diploma ini dalam dunia pekerjaan dan apa yang perlu mereka siapkan diri sebelum bergraduasi?
2. Apakah bidang baru yang perlu dipelajari oleh pelajar di kolej dan universiti?
Boleh saya sampaikan kepada pembimbing mereka.

Mohd Redza
Jika x dpt bekerja dalam bidang ,try bidang lain pun ok jangan bagi masa berlalu begitu sahaja.

Mohd Ariffuddin
1. Asas keusahawanan
2. Ilmu pemasaran online.
3. Ilmu urus dan biakkan duit.

Norfidah Abdul Rahman
The 5 Financial cycle.
The importance of having at least one takaful fund as yr first 'asset' to increase yr net worth. First, mesti ada takaful, lepas tu baru kereta or rumah!
The importance of instilling the love of ilmu, and the importance of putting 'adab, sebelum ilmu', in any case, in any situation.

Emylia Mohd Nor
Mantapkan penguasaan Bahasa Inggeris.

Syazrul Aqram
1. Kalau berijazah dengan pointer rendah, jangan putus asa. Sertai program peningkatan skil seperti INSEP bagi mencerahkan peluang mendapat pekerjaan.
2. Belajar menulis dengan baik dan belajar copywriting. Sekarang zaman media sosial memerlukan penulisan yang baik untuk tujuan pemasaran, keusahawanan, dan jurnalisma.

Mimi Salleh
Tahniah Encik HasriHasan. Peribahasa 'dicampak ke laut, menjadi pulau ...' bagi saya sangat releven dalam dunia IR 4.0. Be creative, imaginative and innovative. 
Hasri Hasan
Mimi Salleh Benar! Kreatif sangat penting sebagai advantage kepada skills yang lain juga.


Thanusya Shanmuganathan 
Ikuti

Para pelajar harus memantapkan soft skills.
Thanusya Shanmuganathan 
Ikuti
Hasri Hasan Ramai graduan ada sijil soft skills tapi apabila tiba masa nak perform, mereka tidak mampu. Harap generasi baru dapat membuktikan skills mereka dalam kerja mereka, dan bukan sekadar ada skills atas kertas sahaja.


Irfan Foner
Nasihat saya kepada graduan :
Semua graduan akan keliru, mahu bermula dari mana. Jawapannya, kita boleh bermula dari mana2 kita suka. Cumanya, pastikan risiko rugi itu dalam kawalan kita.
Sekiranya mahu bermula cari kerja, pastikan kita mampu serap 6 bulan ke setahun tiada kerja dalam fasa mencari kerja tetap.
Sekiranya kita mahu mula dengan berkuli, pastikan kita mampu berkuli sekurang2nya 3 bulan ke 6 bulan tanpa gaji yang cukup.
Sekiranya kita mahu mula berniaga, pastikan kita mampu serap 6 bulan tanpa jualan yang boleh buat kita kaya raya.
Angka umur sekarang hingga ke 30 tahun adalah angka kita belajar dan cuba segala benda.
Pastikan risiko percubaan itu terkawal. Jangan terbakar tangan, jangan berhutang, jangan tergantung dengan kontrak yang merugikan.

Adibah Omar
Apply proactive and predictive management, both in your professional and personal life. Never practise reactive management; it costs too much time and money!

Han Hanif
Banyakkan membaca buku kerjaya seperti yang diterbitkan oleh Komrad Buku.

Zamri Mohamad
¹ Jika nak buat silap, buat sekarang dengan banyakkan percubaan. Ia akan mengembangkan peta alternatif hidup.
² Belajar kemahiran berfikir. Ia akan menjadi survival mod untuk anda di tempat kerja dan apabila dibuang kerja.

Nur Hanani Hussin
Negotiation skills and content creator.

Ruzaimi Mat Rani
Congrats
 bro... cadangan... pastikan mereka menguasai Freehand Visual Communication Skills (FVCS)... sangat kritikal ketika proses perbincangan dan pembentangan kertas kerja.

Comments

Popular posts from this blog

Tip Public Speaking oleh Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

POETRY FOR BEGINNERS! | 3 Poetry Exercises To Beat Writer's Block | How To Write Poetry

Kenapa Harus Kurangkan Membaca, Banyakkan Berfikir oleh Encik Imran Rasid