Pastikan kita jadi lebih baik 1% setiap hari yang baru
Pastikan kita jadi lebih baik 1% setiap hari yang baru. Kemudian kita kira berapa banyak pembaikan yang telah kita buat ke atas diri kita selama satu tahun?
Jika kita tulis hanya satu perkara baik yang telah kita baiki setiap hari sebelum tidur, semak balik senarainya setiap hujung tahun. Kita pasti akan berbangga dengan diri kita.
2. Sesekali bersendirian itu bagus, kita tidak perlu kerap bersosial dalam suasana ramai. Inilah masanya untuk kita meneroka diri kita sendiri.
3. Tinggalkan orang yang tidak memberi tenaga positif kepada hidup anda. Kualiti lebih baik daripada kuantiti.
4. Kawal pemikiran kita. Apa sahaja benda yang kita cambah dan sirami setiap hari dalam minda kita, ia akan tumbuh subur tidak kiralah sama ada ia benda yang buruk atau baik.
5. Pilih satu kemahiran yang ingin kita tajami dan usahalah sepenuhnya untuk menguasainya.
6. Berikan komitmen sepenuhnya ke atas satu matlamat yang telah kita tetapkan dan jangan toleh belakang lagi.
7. Peluhkan badan kita sehari sekali untuk meningkatkan mood kita.
8. Jangan lupa belajar daripada apa jua kelemahan yang kita alami di sepanjang hidup kita. Kita bergerak ke depan dan bukan jalan ke belakang.
Comments
Post a Comment