Posts

10 Kesilapan Kewangan Orang Muda. oleh Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

Image
  Saya pernah muda dan pernah melakukan banyak kesilapan kewangan. Looking back, saya senaraikan beberapa kesilapan orang muda yang saya pernah alami atau yang pernah saya saksikan. 1. Tiada bajet kewangan bulanan dan tidak belajar ilmu pengurusan kewangan. Ramai orang muda sekarang apabila memasuki alam pekerjaan akan menghabiskan gaji yang mereka terima dan setiap akhir bulan ‘menagih’ bila gaji akan masuk. Sebenarnya tidak susah membuat bajet bulanan dengan prinsip 'perbelanjaan jangan melebihi pendapatan'. Pada awalnya catat dalam nota setiap aliran duit keluar dan pastikan ianya tidak melebihi duit masuk dari gajian. Lama kelamaan anda akan faham pembelanjaan diri sendiri untuk melaraskan bajet bulanan. 2. Tiada ‘forced’ saving. Menyimpan duit memang susah jika tabiat saving tidak ditanamkan dari kecil. Paling elok 10% dari pendapatan diasingkan sebagai simpanan. Semasa saya mula bekerja, saya dapat simpan sehingga 50% dari pendapatan kerana telah diajar dari kecil untuk b...

Tip pengurusan kewangan dari Sifu oleh Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

Baru-baru ini saya melayari satu page FB mengenai kewangan dan admin telah mengutara satu soalan kepada para sifu kewangan yang rata-rata berumur 40 ke atas: “Apakah nasihat kewangan terbaik untuk diberikan kepada mereka yang baru bekerja dan ingin berjaya sebelum umur 40? Saya senaraikan beberapa nasihat terbaik dari sifu-sifu kewangan ini dan komen rengkas dari saya. 1. The first 10 years of your career don't chase money. Chase knowledge and connection. Pada 10 tahun pertama jangan fokus cari duit tetapi kejar ilmu kewangan dan networking. Siapkan diri dengan berbagai ilmu kewangan dan belajar dari mentor. Sebaik mungkin cari ‘connections, networking dan cable’. 2. Buy car only if need be. Buy landed house in KL and sell back when retire to hometown. Banyak nasihat sifu agar jangan membeli kereta terlalu awal dan beli ‘landed property’ di KL tetapi bersara di kampong. Ini nasihat seorang sifu yang sudah bersara. 3. Save as much as possible. Dont spend on car. You can do this when...

Tips perancangan kewangan untuk orang muda oleh Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

Zaman muda tiada siapa membimbing saya berkenaan perancangan kewangan. Ya, saya pernah muda. Pada zaman tiada internet dan tiada medsos untuk saya belajar mengenai kewangan, semuanya atas dorongan diri sendiri dan belajar dari ‘trial and error’. Kesilapan demi kesilapan dilakukan tetapi pengalaman tersebut dijadikan iktibar untuk memperbaiki diri sendiri pada kemudian hari. Catitan ini dikongsikan agar orang muda boleh belajar dengan cara mudah mengenai ilmu asas perancangan kewangan yang ramai tidak mengambil peduli. Anda boleh huraikan dan pelajari lebih lanjut ilmu asas ini dengan pembacaan atau mentoring dengan sifu-sifu kewangan. Apabila saya mula bekerja dengan Kerajaan pada awal tahun 80’an, gaji hanya $1120 sahaja (zaman tersebut masih guna $ Ringgit). Gaji $1120 tidaklah besar mana kerana sewaan rumah teres setingkat di AU2A Keramat pun sudah $400 sebulan. Sewaan rumah teres double storey pula ialah $650. Nasi ayam kedai Omar Bersaudara yang terkenal di Kampong Baru berharga ...