BAHAN BANTUAN MENGAJAR ELEKTRONIK
BAHAN BANTUAN MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK
Bahan bantu mengajar (BBM) atau alat bantuan mengajar (ABM) merupakan segala atau suatu kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah (Brown J.W, 1983). Bahan bantu mengajar bukan sahaja terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur, dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera dan apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar. Bahan bantuan mengajar ini sangat membantu guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pada masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa gajet-gajet canggih seperti telefon pintar dan komputer berada di sekeliling kita.Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.
Antara bahan bantuan mengajar elektronik yang saya guna ialah Wordwall. Wordwall ialah secara literal bermaksud dinding aktiviti yang memaparkan perkara yang penting untuk diketahui dan diguna oleh para pelajar. Mungkin dalam bilik darjah tahap satu, ini adalah perkataan yang kanak-kanak belajar membaca dan menulis. Dalam bilik darjah tahap dua, ini boleh menjadi perkataan yang berkaitan dengan konsep dan topik yang pelajar pelajari. Wordwall mempunyai berpuluh aktiviti templat dan bahasa yang boleh digunakan.
Cara nak buat templat Wordwall:
1. Pilih templat yang mahu dicipta.
Contoh templat :
https://wordwall.net/resource/33271451
Begitulah langkah membuat templat Wordwall. Semudah 1-2-3
Video tutorial cara buat templat di Wordwall:
https://youtu.be/xbZ2NDLO9rs
Comments
Post a Comment