Cash-out eBeliaRahmah daripada Touch ‘n Go eWallet ke Akaun Bank oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Soalan: Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Tujuan cash-out yang diberikan adalah untuk kegunaan peribadi setiap individu. Persoalannya, adakah cash-out eBeliaRahmah daripada Touch ‘n Go eWallet kepada akaun bank sendiri adakah haram dan dikira tidak amanah? Jawapan: Waalaikumussalam w.b.t Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga hari kiamat. Pertamanya, wang pemberian yang diberikan oleh sesebuah pihak, sekiranya ia diikat dengan syarat-syarat perjanjian yang tertentu, maka ia wajib dipatuhi dan tidak boleh bertidak sesuka hati menggunakan wang pemberian tersebut. Firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.” (Surah al-Ma’idah: 1) Mematuhi perjanjian juga meru...