Sementara tengah sarapan ini, saya akan ceritakan sedikit tips dan pengalaman menjadikan buku terbitan kita diterbitkan oleh penerbit negara luar.
Sementara tengah sarapan ini, saya akan ceritakan sedikit tips dan pengalaman menjadikan buku terbitan kita diterbitkan oleh penerbit negara luar.
Buku Dunia Tanpa Tembok II bukanlah buku pertama yang saya (dan pasukan penerbitan) berjaya diterbit oleh penerbitan luar negara.
Buku pertama saya ialah novel Inggeris berjudul Voice In My Head karya warganegara Malaysia. Novel ini berjaya diterbitkan di Indonesia untuk pasaran seluruh Indonesia.
Banyak yang saya belajar melalui kesilapan dari kedua-dua buku ini. Perkara paling penting yang saya belajar dari kesilapan itu ialah; Networking. Dalam bahasa Melayunya ialah; Rangkaian Sekerja.
Rangkaian Sekerja yang antarabangsa adalah penting untuk masuk ke dalam dunia hakcipta penerbitan.
Kita perlu berkawan dengan ramai penerbit, ejen litera dan ‘publicist’ antarabangsa/luar negara. Tapi, berkawan saja tidak cukup, kita perlu membina hubungan yang baik dan jelas hala tujunya dalam matlamat penerbitan mahupun perniagaan.
Bak kata rakan saya tuan Hasri Hasan , “tak boleh redah guna cara kampung”
Bak kata rakan saya juga Ishak Hamzah , “kau kena pandai ‘mingle around’ kalau kau nak cari networking”
Banyak yang saya belajar daripada kedua-dua rakan industri buku saya ini, banyak nasihat yang mereka berikan.
Ketika pertama kali di Frankfurt, saya tinggal serumah dengan big boss CP Stationary dan tuan Ishak. Kami banyak berbincang tentang cara sebetulnya dalam bidang perdagangan antarabangsa.
Saya sering bertanya dengan tuan Hasri tentang undang-undang hakcipta di sana.
Namun, oleh kerana saya berkelana seorang diri di sana, semuanya bergantung kepada diri saya sendiri.
Saya boleh simpulkan, apabila kita sebagai penerbit mahu berdagang hakcipta di luar negara, kita perlu menjadi story-teller yang bagus dalam meyakinkan semua potensi networking yang kita jumpa. Kita perlu juga menjadi story-teller yang jelas, tepat, ringkas, jujur dan teliti.
Mujur sahabat perniagaan saya iaitu Jamalee dan Helmi ini adalah story-teller yang bagus. Saya banyak belajar dari mereka juga. Kita semua tahu, kalau lepak dengan Jamalee, panjang ceritanya. Lepak dengan Helmi, bersemangat ceritanya.
Cuma apabila networking kita adalah mereka yang datang dari budaya dan bahasa berbeza. Saya tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris saya disamping mempelajari bahasa Korea, German, Jepun, Russia dan Mandarin dalam tempoh dua bulan untuk kegunaan permulaan bicara atau kata-kata sakti bagi meyakinkan klien yang saya temui.
Tapi itu lah, setelah saya lalui dan fikir semua ini. Saya pun hairan kenapa mereka menuduh saya dan organisasi ini sebagai rasis dan fasis. 

Nanti kita sambung lagi. Semoga bermanfaat.
Comments
Post a Comment